Kaki putus dibaham buaya - A man's leg ripped off by crocodile, Sandakan, Sabah.

(My Metro)
Published : February 21, 2017

Sandakan : Seorang pekerja putus kaki kanan dan tangan kanannya hancur selepas diserang buaya di taman buaya, Batu 8, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu dilaporkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkara, siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pekerja sambilan di taman berkenaan.

Mangsa seorang pekerja kontrak bahagian pertunjukan burung dilihat menuju ke bahagian kolam pertunjukan buaya sambil membawa bangkai ayam sebagai makanan reptilia berkenaan.

€Selepas memberi makan, mangsa kemudian menggosok bahagian hidung buaya yang membuatkan haiwan itu berang lalu menyambar mangsa.

“€Saksi yang berada di tempat kejadian bertindak menghalau buaya tersebut dan akhirnya mangsa dilepaskan daripada gigitan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Katanya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke HDOK Sandakan manakala siasatan lanjut masih diteruskan berhubung kejadian berkenaan.

- My Metro


*********************


(The Star)

KOTA KINABALU: A man was attacked by an 800kg crocodile named Bujang Lapok when he tried to pet the reptile after feeding it at the Sandakan Crocodile Farm on Monday.

It is learnt that the 35-year-old part-time bird carer at the farm was feeding the 60-year-old crocodile a chicken at about 1.45pm.

After he fed the 5.5.m long crocodile, the man starting rubbing it on its snout but the reptile unfortunately turned on him.

A fellow employee who saw the incident ran to his aid and managed to force the crocodile to let go of the man. 

Sandakan police chief ACP Mohd Azhar Hamin said the victim lost his right leg and his right arm was mangled due to the attack.


"He has been sent to the Sandakan district hospital for treatment," he said in a statement.

- The Star

Kemalangan antara Myvi, Wira dan sebuah van, Kuala Lumpur.

(DAily TRaffic REport)
Published : February 20, 2017









Kuala Lumpur : 3 mangsa, 1 lelaki berbangsa Melayu menaiki Myvi biru dan 2 lelaki berbangsa India menaiki Wira hitam. 

Ketiga-tiga mangsa cedera parah. 

Van putih dipandu bangsa Cina ( tua ) hanya kepala sahaja cedera. 

Maaf gambar van tak sempat nak diambil.


Lokasi : Loke Yew menghala ke Cheras

Kemalangan maut yang berlaku di Jalan Tanjung Langsat di Pasir Gudang, Johor.

(DAily TRaffic REport)
Published : February 19, 2017





Kemalangan maut yang berlaku di Jalan Tanjung Langsat di Pasir Gudang melibatkan seorang penunggang motosikal dengan sebuah lori.

Toyota Altis dan Produa Viva bertembung, Jalan Kangar- Alor Setar, Simpang Empat, Perlis.

(DAily TRaffic REport)
Published : February 18, 2017



Kemalangan jalan raya melibatkan 2 buah kenderaan di Jalan Kangar- Alor Setar, Simpang Empat, Perlis. 

Balai Bomba Kuala Perlis sampai di tempat kejadian didapati dua buah kereta jenis Toyota Altis dan Produa Viva telah bertembung. 

Seorang mangsa perempuan tersepit di dalam kereta. 

Tindakan pasukan bomba menggunakan peralatan hydrolik berjaya mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pihak ambulan. 

Seterusnya kerja-kerja membersihkan tumpahan minyak dijalankan sehingga selesai sepenuhnya.


Sumber Facebook Bomba Perlis

Proton Satria dilanggar ketika belok, seorang maut, Simpang Tiga Batu 7, Jalan Kebun, Selangor.

(DAily TRaffic REport & My Metro)
Published : February 18, 2017












Shah Alam: Penuntut sebuah institusi pengajian tinggi berusia 20 tahun maut manakala rakannya cedera dalam kemalangan di persimpangan Simpang Tiga Batu 7 Jalan Kebun, dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa Aida Nazdmina Asmani, 20, maut di tempat kejadian.

Mangsa serta rakannya adalah penuntut di German-Malaysian Institute (GMI), Bangi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Satria dan Ford Focus.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Satria dari arah Banting ke Shah Alam dipandu seorang lelaki membelok ke kanan untuk masuk ke Jalan Haji Madon sebelum dilanggar Ford Focus yang datang dari arah Shah Alam ke Banting.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian. 

"Rakan mangsa yang juga pemandu Proton Satria cedera di kepala dan dada manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak mengalami kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, pemandu Ford Focus yang juga wanita berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) 1987 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- My Metro

Seorang lelaki dibelit ular hingga mati, Kampung Bukit Rambutan, Terengganu.


(My Metro)
Published : February 18, 2017







Kemaman: Lelaki Indonesia maut dibelit ular sawa di Kampung Bukit Rambutan, Jabor di Kemaman, pada 9.15 malam tadi.

Mangsa dikenali Sapar, 55, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dibelit ular sawa seberat lebih 100 kilogram itu.

Lelaki berkenaan yang juga buruh ladang dikatakan menunggang motosikal dalam perjalanan pulang selepas ke rumah rakannya di Kampung Jabur sebelum ternampak reptilia terbabit menyeberang jalan.

Dia kemudiannya dikatakan cuba menangkap ular itu tetapi reptilia terbabit dikatakan bertindak agresif sebelum membelit badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata kejadian itu disedari penduduk kampung kebetulan melalui jalan terbabit kira-kira sejam selepas mangsa dibelit.

Menurutnya, ular sawa terbabit juga mati apabila ditetak orang ramai bagi melepaskannya.

- My Metro

Cedera dipijak gajah ketika buang air besar - Attacked by elephant while relieving themselves from stomachaches, Gerik, Perak.

(My Metro)
Published : February 18, 2017

Taiping: Lelaki dan wanita cedera diserang gajah di Kilometer 20, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Rancangan Penempatan Semula Banun, Gerik, dekat sini.

Mangsa, Poh Keat Chye , 46, patah tiga tulang rusuk dan mengalami pendarahan dalaman dipercayai akibat dipijak gajah, dalam kejadian 5.30 petang.

Rakan niaganya, Edris Suparti, 40, juga patah tulang rusuk dipercayai terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan haiwan itu.

Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Taiping dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Robert Poh, 60, iaitu abang Keat Chye, berkata adiknya memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membuang air besar manakala rakan niaganya menunggu di luar kenderaan.

"Adik saya berjalan kira-kira 20 meter ke kawasan hutan di tepi jalan itu sebelum terlihat satu objek besar warna kelabu yang disangkakan batu, sebelum ia bergerak dan adik saya mula sedar ia adalah gajah.

"Gajah berkenaan kemudian menolak adik saya menggunakan belalai hingga jatuh dan memijak bahagian kiri belakang badan adik," kataya ketika ditemui di Hospital Taiping, di sini, hari ini.

Menurutnya, rakan adiknya yang terkejut melihat keadaan itu cuba lari namun terjatuh dan mengalami turut patah tiga tulang rusuk.

“Dalam kesakitan, rakan adik saya itu kemudian memandu kereta ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan," katanya.

------------------

(The Star)
Published : February 18, 2017

TAIPING: A man and woman were attacked by an elephant on the East-West Expressway near Gerik.

The incident is believed to have occurred on Friday at about 5.30pm as the pair stopped their car on the highway, some 20km from Gerik, to relieve themselves from stomachaches.

The man, 48, and his 40-year-old female colleague from Jakarta, had got out from their car and gone behind some bushes by the roadside when the incident occurred.

The man's brother, known as Robert, said the victims had been on their way to Penang after a business event in Terengganu.

"He was relieving himself when he saw a 'rock' moving.

"He tried to run but was nudged by the elephant's trunk and fell down," Robert said when met at the Taiping Hospital where both victims are being treated.

"The elephant then stepped on him," he added.

Robert said the woman, shocked by the incident, ran and tripped, injuring herself.

Perak Health Committee chairman Datuk Dr Mah Hang Soon, who visited the two on Saturday, said both victims had sustained rib fractures.

"They are still being observed," he said.

- The Star