(My Metro)
Published : March 4, 2017
Petaling Jaya: Sarjan Mejar dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor maut kemalangan di KM18.1 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), di sini, hari ini.
Mendiang Suvinder Singh, 52, maut di lokasi kejadian, pada 6.40 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Kamaludin Mohamad, berkata siasatan awal mendapati mangsa memandu Toyota Camry.
Katanya, kereta mendiang berlanggar dengan kenderaan tidak dikenal pasti menyebabkan dua kereta itu melintang di tengah lebuh raya.
"Land Rover yang melalui lokasi itu kemudiannya tidak sempat mengelak dan merempuh kedua-dua kereta terbabit. Land Rover itu kemudian terbabas di lorong kecemasan dan terbalik.
"Penumpang Land Rover dikenali sebagai Abu Hassan Said, 59, cedera. Mayat mangsa yang maut di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya.
- My Metro