(My Metro)
Published : March 1, 2017
Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Tan Sri Jins Shamsuddin, 82 disahkan meninggal dunia di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, dipercayai akibat sesak nafas selepas minum petang di rumahnya jam 5.45 petang tadi.
Anak keduanya, Putera Hang Jebat berkata, bapanya disahkan meninggal dunia setibanya di klinik berkenaan.
"Melihat keadaannya yang sesak nafas selepas minum petang, ibu menghantar ke sebuah klinik berdekatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia,"katanya
- My Metro