8 teenage cyclist dead rammed by car - 8 remaja maut dilanggar kereta, Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.

# News Source
(The Star)
Published : February 18, 2017
News Video





JOHOR BARU: Eight teenagers were killed while another eight were injured when a car driven by a 22-year-old woman rammed into them while they were riding their bicycles early Saturday.

Johor Baru South OCPD Asst Comm Police Sulaiman Salleh said six of them were killed on the spot while two died on their way to Hospital Sultanah Aminah.

All 16 involved in the incident are aged between 13 and 17.  

He said the incident took place at around 3.30am on Saturday along Jalan Lingkaran Dalam near the Mahmoodiah Muslim cemetery.

He said initial investigations showed that the driver was heading from Taman Pelangi to Jalan Skudai when the mishap happened.

ACP Sulaiman said that according to the driver, the teenagers were in the middle of the road, which was dark at that time when the accident occurred.

- The Star
  
-----------------------

Johor Bahru: Lapan maut manakala empat parah apabila basikal dinaiki mereka dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam arah Dataran Bandaraya, awal pagi ini.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ke atas sekumpulan 16 penunggang basikal pada 3.30 pagi.

Mereka berusia antara lapan hingga 16 tahun itu dikatakan berkumpul di simpang bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah.

Kumpulan itu kemudian bersama-sama berbasikal ke lampu isyarat dekat Hotel Thistle di Jalan Sungai Chat.

Bagaimanapun, kumpulan dipercayai dari Kampung Seri Makmor Plentong dan Pasir Gudang itu tiba-tiba dirempuh kereta terbabit dari belakang.

Kumpulan berkenaan dikatakan sering berbasikal di lokasi itu hampir setiap minggu.

Biasanya aktiviti mereka bermula pada kira-kira 12 tengah malam.

Tapi, mereka dikatakan bermula lewat, malam tadi, berikutan jalan ditutup untuk perayaan Chingay.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian dan berkata satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat.

- My Metro