Lelaki rentung, kereta terbabas lalu terbakar. Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang.

(My Metro)
Published : March 5, 2017




Georgetown: Lelaki ditemui rentung selepas kereta dipandunya terbakar selepas terbabas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa, Oh Chun Guan, 25, dipercayai memandu seorang diri dari Bayan Lepas menuju ke susur ke luar Jambatan Pulau Pinang.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, kereta yang dipandunya itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pokok.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit dan gagal menyelamatkan diri selepas keretanya terbakar," katanya.

- My Metro