Seorang lelaki dibelit ular hingga mati, Kampung Bukit Rambutan, Terengganu.


(My Metro)
Published : February 18, 2017







Kemaman: Lelaki Indonesia maut dibelit ular sawa di Kampung Bukit Rambutan, Jabor di Kemaman, pada 9.15 malam tadi.

Mangsa dikenali Sapar, 55, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dibelit ular sawa seberat lebih 100 kilogram itu.

Lelaki berkenaan yang juga buruh ladang dikatakan menunggang motosikal dalam perjalanan pulang selepas ke rumah rakannya di Kampung Jabur sebelum ternampak reptilia terbabit menyeberang jalan.

Dia kemudiannya dikatakan cuba menangkap ular itu tetapi reptilia terbabit dikatakan bertindak agresif sebelum membelit badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, berkata kejadian itu disedari penduduk kampung kebetulan melalui jalan terbabit kira-kira sejam selepas mangsa dibelit.

Menurutnya, ular sawa terbabit juga mati apabila ditetak orang ramai bagi melepaskannya.

- My Metro