Published : February 18, 2017
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa Aida Nazdmina Asmani, 20, maut di tempat kejadian.
Mangsa serta rakannya adalah penuntut di German-Malaysian Institute (GMI), Bangi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Satria dan Ford Focus.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Satria dari arah Banting ke Shah Alam dipandu seorang lelaki membelok ke kanan untuk masuk ke Jalan Haji Madon sebelum dilanggar Ford Focus yang datang dari arah Shah Alam ke Banting.
Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.
"Rakan mangsa yang juga pemandu Proton Satria cedera di kepala dan dada manakala pemandu sebuah lagi kereta tidak mengalami kecederaan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata, pemandu Ford Focus yang juga wanita berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) 1987 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- My Metro