Bangkai ular sawa batik tersekat pada lubang saluran air. Taman KTC 1, Kedah.

(My Metro)
Published : February 24, 2017







Kulim: Beberapa pekerja yang menjalankan kerja pembersihan di kawasan padang permainan terkejut apabila menemui bangkai ular sawa batik tersekat pada lubang saluran air dalam longkang di Taman KTC 1, dekat sini, semalam.

Difahamkan ular sepanjang kira-kira lapan meter dengan berat lebih 60 kilogram itu sudah mati serta berbau busuk dalam longkang kira-kira jam 9 pagi.

Menurut sumber, reptilia berkenaan dipercayai mati lebih sehari akibat tersekat dalam lubang berkenaan kerana ukur lilit badannya yang besar ketika cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.

"Separuh badan ular itu berada dalam lubang air manakala kepalanya dalam longkang. 

Berkemungkinan lubang yang sempit itu menyebabkan ia mati,” katanya.

Bangkai ular itu kemudian dikeluarkan menggunakan jengkaut sebelum di bawa dengan lori untuk ditanam di kawasan lain," katanya.

- My Metro