Remaja maut motosikal rempuh kereta buat pusingan-U. Jalan Salor, Kota Bharu, Kelantan.

# News Source
(My Metro)
Published : March 12, 2017

Kota Bharu: Penuntut Kolej Vokasional Tanah Merah maut selepas motosikalnya merempuh kereta yang membuat pusingan-U, di Jalan Salor, di sini, malam tadi.

Allahyarham Burhan Sidqi Mohd Sabri, 18, maut di tempat kejadian pada 9.18 malam.

Mayatnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff, berkata sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, Honda City dari arah sama sedang membuat pusingan-U.

“Mangsa yang berada di belakang melanggar sebelah kanan kereta itu sebelum dia tercampak ke kiri jalan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

- My Metro