Cedera dipijak gajah ketika buang air besar - Attacked by elephant while relieving themselves from stomachaches, Gerik, Perak.

(My Metro)
Published : February 18, 2017

Taiping: Lelaki dan wanita cedera diserang gajah di Kilometer 20, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Rancangan Penempatan Semula Banun, Gerik, dekat sini.

Mangsa, Poh Keat Chye , 46, patah tiga tulang rusuk dan mengalami pendarahan dalaman dipercayai akibat dipijak gajah, dalam kejadian 5.30 petang.

Rakan niaganya, Edris Suparti, 40, juga patah tulang rusuk dipercayai terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan haiwan itu.

Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Taiping dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Robert Poh, 60, iaitu abang Keat Chye, berkata adiknya memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membuang air besar manakala rakan niaganya menunggu di luar kenderaan.

"Adik saya berjalan kira-kira 20 meter ke kawasan hutan di tepi jalan itu sebelum terlihat satu objek besar warna kelabu yang disangkakan batu, sebelum ia bergerak dan adik saya mula sedar ia adalah gajah.

"Gajah berkenaan kemudian menolak adik saya menggunakan belalai hingga jatuh dan memijak bahagian kiri belakang badan adik," kataya ketika ditemui di Hospital Taiping, di sini, hari ini.

Menurutnya, rakan adiknya yang terkejut melihat keadaan itu cuba lari namun terjatuh dan mengalami turut patah tiga tulang rusuk.

“Dalam kesakitan, rakan adik saya itu kemudian memandu kereta ke Hospital Gerik untuk mendapatkan rawatan," katanya.

------------------

(The Star)
Published : February 18, 2017

TAIPING: A man and woman were attacked by an elephant on the East-West Expressway near Gerik.

The incident is believed to have occurred on Friday at about 5.30pm as the pair stopped their car on the highway, some 20km from Gerik, to relieve themselves from stomachaches.

The man, 48, and his 40-year-old female colleague from Jakarta, had got out from their car and gone behind some bushes by the roadside when the incident occurred.

The man's brother, known as Robert, said the victims had been on their way to Penang after a business event in Terengganu.

"He was relieving himself when he saw a 'rock' moving.

"He tried to run but was nudged by the elephant's trunk and fell down," Robert said when met at the Taiping Hospital where both victims are being treated.

"The elephant then stepped on him," he added.

Robert said the woman, shocked by the incident, ran and tripped, injuring herself.

Perak Health Committee chairman Datuk Dr Mah Hang Soon, who visited the two on Saturday, said both victims had sustained rib fractures.

"They are still being observed," he said.

- The Star