Seorang lelaki maut kereta terbalik sejurus langgar pokok. Lebuh Ayer Keroh, Melaka.

(My Metro)
Published : February 28, 2017

Melaka: Seorang remaja maut selepas Proton Wira dipandu terbabas dan terbalik sejurus melanggar pokok di pembahagi jalan di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Pejabat Kastam Diraja Malaysia Melaka, jam 2.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, Ismail Ab Rahman, 18, yang bekerja di panggung wayang sebuah pusat beli-belah dalam perjalanan pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, Proton Wira itu hilang kawalan sebelum melanggar pokok.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kenderaan terbabit dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- My Metro