Van rempuh lembu lalu terbalik. Kilometer 336.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Paka, Terengganu

(My Metro)
Published : March 7, 2017




Dungun: Tujuh penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan seorang pemandu cedera apabila van dinaiki mereka merempuh lembu sebelum terbalik di Kilometer 336.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Paka, malam tadi.

Kejadian jam 9.50 malam itu menyebabkan pemandu van, Jaafar Mamat, 55, cedera di kaki dan dada.

Penuntut, Zulizah Ochi, 22, dari Miri, Sarawak pula cedera di kepala manakala Omar Radzi, 22, patah kaki kanan.

Lima rakan mereka, Muhammad Bahri Abd Talib, 23, Nur Hamiza Mohd Alias, 22, Nur Hidayah Azis, 21, Nasorriah Nasir, 29, dan Wan Nur Hanani Wan Md 

Yusof, 21, cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Dungun.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu selepas mengambil benih ikan untuk kajian.

Setibanya di tempat kejadian, van mereka merempuh seekor lembu yang melintas jalan sebelum kenderaan itu terbabas dan terbalik.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian itu.

- My Metro

Motosikal lawan arus jalan selain tiada lampu hadapan dilanggar lori. Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, Kedah.

(My Metro)
Published : March 7, 2017

Sungai Petani: Lelaki dipercayai warga Myanmar maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti menunggang motosikal Honda EX5 tanpa memakai topi keledar dalam perjalanan dari Sungai Lalang menuju ke Bukit Selambau.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, kemalangan itu berlaku apabila mangsa menunggang motosikal melawan arus selain tiada lampu hadapan.

Menurutnya, mangsa cuba masuk ke laluan sebelah namun tiba-tiba datang sebuah lori menyebabkan dia tidak sempat mengelak dan bertembung.

“Akibat kemalangan itu mangsa tercampak di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala serta badan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kita tidak menemui sebarang pengenalan diri namun percaya dia adalah warga Myanmar dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

- My Metro

Maut tercampak keluar dari kereta. Km 220 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Taiping, Perak.

(My Metro)
Published : March 7, 2017

Taiping : Wanita maut selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki bersama dua orang lain yang terbabas ke bahu jalan di kilometer 220 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Taiping, hari ini.

Dalam kejadian 5.40 pagi itu, mangsa V Kaliani, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah dibeberapa bahagian anggota badan.

Difahamkan, pemandu kereta berkenaan dan seorang lagi penumpang turut cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Hasna Rashid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 5.57 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba anggota mendapati kereta terbabas manakala seorang mangsa tercampak keluar dari kereta berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala pemandu cedera di kepala dan seorang lagi penumpang cedera ringan.

"Bomba menyerahkan mangsa yang maut kepada polis dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat," katanya.

- My Metro

Tercucuk besi eskalator yang tiba-tiba terkeluar. Selangor.

(My Metro)
Published : March 6, 2017

Subang Jaya: Wanita cedera di kaki kanan selepas tercucuk besi eskalator yang tiba-tiba terkeluar di pusat beli-belah di sini, semalam.

Difahamkan dalam kejadian 4 petang itu, mangsa yang sedang menaiki eskalator tiba-tiba terjatuh selepas kakinya terkena besi berkenan.

Jurucakap pusat beli belah berkenaan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan diberikan rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut dan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Kami juga akan memaklumkan sebarang maklumat terkini yang ditemui dalam tempoh terdekat," katanya.

- My Metro

Remaja putus kaki kanan dalam kemalangan. KM6 Jalan Bukit Pasir-Tongkang Pechah, Johor Bahru.

(My Metro)
Published : March 5, 2017

Batu Pahat: Remaja putus kaki kanan dalam kemalangan tiga kenderaan di KM6 Jalan Bukit Pasir-Tongkang Pechah, dekat simpang Taman Melodi, di sini, 8.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata kemalangan dipercayai berlaku ke atas remaja, Muhammad Asyraf Mohd Alias, 17.

Abdul Wahib berkata, remaja itu dipercayai tidak perasan kereta dari arah Tongkang Pechah yang membelok masuk ke simpang kanan berikutan hujan lebat dan tiada lampu jalan.

"Mangsa yang menunggang dari bandar menghala ke Tongkang Pechah tidak sempat mengelak, melanggar bahagian kiri kereta sebelum terbabas dan merempuh motosikal lain dari arah sama di depannya.

"Dia parah dengan kaki kanannya putus. Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pemandu kereta itu kini disiasat sama ada cuai ketika membelok.

Katanya, siasatan termasuk sama ada kemungkinan pemandu itu tidak memerhati kenderaan dari arah bertentangan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

- My Metro

Lelaki rentung, kereta terbabas lalu terbakar. Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang.

(My Metro)
Published : March 5, 2017




Georgetown: Lelaki ditemui rentung selepas kereta dipandunya terbakar selepas terbabas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa, Oh Chun Guan, 25, dipercayai memandu seorang diri dari Bayan Lepas menuju ke susur ke luar Jambatan Pulau Pinang.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, kereta yang dipandunya itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pokok.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit dan gagal menyelamatkan diri selepas keretanya terbakar," katanya.

- My Metro

Fuel prices to be announced weekly from April.

(The Star)
Published : March 4, 2017

LARUT: The ceiling price for fuel will be announced weekly from April, said Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Hamzah Zainuddin.

He said the ceiling price would likely be announced on a Monday or Saturday for the week compared with currently, where prices are announced once a month.

He said this would enable consumers to know the current prices and avoid confusion.

"The Government is determining the fuel price to avoid it exceeding the correct market price.

"In reality, what Second Finance Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani and I are doing is to ensure that the people know what has been determined by the Petroleum Dealers Association of Malaysia.

"It is up to the petrol station retailers to work with the association and ensure no one is left out of the concept we want to put in place," Hamzah, who is the Larut MP, told reporters after officiating the Parent-Teachers Association meeting of SK Bagan Baru on Saturday.

Hamzah said a notice highlighting the ceiling price would be placed at all petrol stations throughout the country to enable consumers to know if it had been raised or lowered.

Asked about the request by the Perak Petroleum Dealers Association (PPDA) to not undertake a ceiling price mechanism, Hamzah said his ministry had a discussion on the matter on Friday.

"They requested a number of additions to the aspect of margin (commission) which had been given to them to date.

"The Government will consider what they have requested in making a decision on whether we agree or otherwise," he said. 

- Bernama