Published : February 16, 2017
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa |
Dalam kejadian jam 8.47 pagi itu, Dzuhir Mohd Isa, 62, maut akibat kecederaan parah.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput Mohamad Zaidi Md Lazim berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai dihempap jentera berat itu semalam dan kejadian hanya disedari pagi ini.
"Disebabkan traktor itu sangat berat, bomba terpaksa meminta bantuan jentolak untuk mengangkat jentera berkenaan bagi membolehkan mangsa dikeluarkan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, mayat dikeluarkan dari bahagian tayar yang menghempapnya sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, operasi itu membabitkan lapan anggota dengan dua jentera termasuk Unit Penyelamat dan Paramedik selesai jam 9.55 pagi.
- My Metro