Motorsikal bergesel dengan kereta, penunggang jatuh maut digilis, Jalan Batu Kikir-Tengkek, Negeri Sembilan.

# News Source
(DAily TRaffic REport)
Published : February 18, 2017





KUALA PILAH - Seorang remaja maut dipercayai digilis oleh sebuah kenderaan setelah terjatuh di atas jalan raya di Jalan Batu Kikir-Tengkek pagi tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.50 pagi melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Toyota Avanza, Perodua Viva dan sebuah motorsikal Yamaha Lagenda.

Mangsa, Shah Ril Adnan, 18, dari perkampungan Orang Asli Guntur menunggang motorsikal sendirian dari arah Tengkek menuju ke tempat kerjanya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah.

Bagaimanapun setibanya di lokasi, menurut sumber, Toyota Avanza dipercayai memotong kenderaan di hadapannya namun telah bergesel dengan motorsikal yang ditunggang mangsa.

"Mangsa telah terjatuh dan pada masa yang sama, sebuah Perodua Viva yang ketika itu berada di belakang mangsa tidak sempat mengelak lalu mengilis mangsa.

"Paramedik dari Klinik Kesihatan Padang Lebar telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kemalangan dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN)," katanya.


- DAily TRaffic REport