Kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Jeneri Kampung, Desa Jaya, Kedah.

(My Metro)
Published : February 25, 2017




Sik: Sembilan orang cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Jeneri Kampung, Desa Jaya, dekat sini, petang tadi.

Difahamkan kemalangan jam 5 petang itu membabitkan kereta Honda dan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton sebelum dirempuh dua kereta Proton Wira.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Faizol Izwan Hang Tuah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadiaan itu pada jam 5.09 petang dan seorang pegawai bersama empat anggota dari BBP Sik bergegas ke lokasi kejadiaan.

Faizol berkata sebaik tiba, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan empat kenderaan jenis Honda, Mitsubishi Triton dan dua Proton Wira.

Menurutnya, enam mangsa yang terbabit dihantar ke Hospital Sik oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba, manakala baki tiga lagi mangsa diberi rawatan di lokasi kejadiaan sebelum dihantar ke hospital sama dengan ambulans.

"Pihak kami belum mendapat butiran lengkap mangsa yang terbabit dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.

- My Metro