Published : February 25, 2017
Motosikal mangsa |
Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari semalam, mangsa, Kuey Chin Heng, 60, ditemui maut di dalam longkang sedalam lebih 2 meter di Seksyen 5, Kota Damansara, di sini.
Mangsa yang menunggang motosikal model Honda EX5 itu disahkan maut oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh Mohamed Sabri A Shamsudeen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.45 tengah hari dan sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.
“Seramai lima anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian. Setibanya di sana, kami menemui seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan,” katanya.
Menurutnya, anggota bomba segera turun ke dalam longkang itu dan menggunakan alat pengusung untuk membawa mangsa ke atas tebing.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
- My Metro