Remaja maut motosikal rempuh kereta buat pusingan-U. Jalan Salor, Kota Bharu, Kelantan.

# News Source
(My Metro)
Published : March 12, 2017

Kota Bharu: Penuntut Kolej Vokasional Tanah Merah maut selepas motosikalnya merempuh kereta yang membuat pusingan-U, di Jalan Salor, di sini, malam tadi.

Allahyarham Burhan Sidqi Mohd Sabri, 18, maut di tempat kejadian pada 9.18 malam.

Mayatnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Setapa Yusoff, berkata sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, Honda City dari arah sama sedang membuat pusingan-U.

“Mangsa yang berada di belakang melanggar sebelah kanan kereta itu sebelum dia tercampak ke kiri jalan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

- My Metro

9 motosikal dilanggar van. Lebuhraya Bukit Timah (BKE) Singapura.

# News Source
(My Metro)
Published : March 11, 2017

Johor Bahru: Dua penunggang motosikal dipercayai dari Johor maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan kira-kira sembilan motosikal dan sebuah van di Lebuhraya Bukit Timah (BKE) Singapura pada 3.50 petang hari ini.


Video yang disebar di Facebook dan WhatsApp menunjukkan kejadian berlaku di bawah jejambat Lebuhraya Seletar (SLE), ke arah Woodlands berhampiran susur keluar SLE.

Difahamkan kejadian berlaku ketika penunggang berhenti di bawah jejambat itu berikutan hujan.

Video menunjukkan enam lelaki terbaring di laluan itu, manakala dua lelaki dalam keadaan parah.

Mayat serta mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.

- My Metro

Toyota Vellfire bertembung lori membawa muatan getah. Kilometer 354.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Slim River, Perak.

# News Source
(My Metro)
Published : March 11, 2017
Keadaan Toyota Vellfire terbabit kemalangan dengan lori membawa muatan getah. Gambar Ihsan Bomba

Slim River: Dua maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan lori tiga tan membawa muatan getah di kilometer 354.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Slim River, malam tadi.

Dalam kejadian 9.15 malam itu, mangsa yang maut ialah Huen Chee Hon, 31, dan seorang warga Thailand yang masih belum dikenal pasti identitinya.

Difahamkan pemandu MPV serta pemandu lori berkenaan turut cedera dan dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada lori berkenaan yang cuba menukar lorong dari kiri ke kanan.

Katanya, MPV yang berada di lorong kanan kemudiannya merempuh lori berkenaan mengakibatkan kenderaan berkenaan mengalami remuk teruk dibahagian hadapan.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Jasfian Jamaludin berkata, bomba menerima panggilan pada 9.29 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba anggota mendapati dua mangsa yang maut masih tersepit di tempat duduk sebelum operasi mengeluarkan mangsa dijalankan manakala dua mangsa yang cedera sudah berjaya dikeluarkan orang awam dan dibawa ke hospital.

"Kedua-dua mangsa berkenaan berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis sebelum operasi ditamatkan jam 10.20 malam," katanya.

- My Metro

Maut rempuh belakang treler. Kilometer 105 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

# News Source
(My Metro)
Published : March 11, 2017

Sungai Petani: Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang treler di Kilometer 105 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, hari ini.

Dalam kejadian 6.15 pagi itu, mangsa Muhammad Osman Ali, 23, berasal dari Pendang dalam perjalanan dari arah Gurun ke Butterworth, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, ketika kejadian itu, sebuah treler dari arah sama tiba-tiba dirempuh motosikal mangsa di bahagian belakang sebelah kanan menyebabkan dia tersangkut di celah tayar.

Menurutnya, akibat rempuhan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler berusia 56 tahun tidak cedera.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- My Metro

Basikal masuk laluan kereta, budak 12 tahun cedera dilanggar. Dari arah Kong-Kong menghala ke Masai, Johor Bahru.

# News Source
(My Metro)
Published : March 11, 2017
Orang ramai membantu mangsa
Johor Bahru: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera di kepala selepas terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal secara berkumpulan dari arah Kong-Kong menghala ke Masai, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 9.40 pagi itu, pelajar tahun enam sebuah sekolah kebangsaan dekat Pasir Gudang itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa menunggang basikal secara berkumpulan antara tujuh hingga lapan orang secara melawan arus sebelum dilanggar sebuah kereta.

"Seorang penunggang basikal masuk ke laluan kereta menyebabkan pemandu yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sentosa, di sini, tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa," katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan penunggang basikal tercampak ke kiri jalan dan dibawa ke HSA untuk rawatan lanjut oleh orang awam.

Manakala, katanya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

- My Metro

Body of 14-year-old girl was found lying face down. Skudai, Johor Bahru.

# News Source
(The Star)
Published : March 9, 2017

JOHOR BARU: The body of a 14-year-old girl was found lying face down near the exit to a mall’s carpark along the Skudai highway here.

Liaw Mei Li was found motionless by a passer-by at 11am yesterday.

Her mother, a 42-year-old hairdresser who refused to be named, said the last time she saw the secondary school dropout was when she was leaving her home yesterday morning.

“She told me she wanted to buy some contact lenses at the mall,” the mother said at the Hospital Sultanah Aminah mortuary.

She said a friend of her daughter’s called her to tell her about Mei Li’s death.

“I rushed to the scene and no words could describe the feeling when I saw my daughter’s bloodied face,” the mother said.

She said her daughter was a filial girl and worked as a waitress at a restaurant.

Johor Baru North OCPD Asst Comm Mohd Taib Ahmad said the girl is believed to have fallen to her death from the sixth floor of the shopping complex.

“The case has been classified as sudden death,” he said.

Those who are facing problems or need someone to talk to can call the Johor Baru Befrienders at 07-331 2300.

- The Star

Seorang nenek hilang ditemui 4 jam kemudian di dalam longkang. Bandar Springhill, Port Dickson, Negeri Sembilan.

(My Metro)
Published : March 9, 2017

Port Dickson: Misteri kehilangan seorang nenek lebih empat jam, terjawab apabila dia ditemui di dalam longkang sedalam empat meter berhampiran rumahnya di Bandar Springhill, di sini, selepas terjatuh di situ, petang tadi.

N Angalai, 85, yang berjalan menggunakan tongkat dikatakan keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga pada pagi kejadian, sebelum ahli keluarga berusaha mencarinya.

Mangsa bagaimanapun ditemui orang awam yang melalui kawasan itu lalu menghubungi bomba untuk bantuan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Razif Mohmad Haris berkata, bomba menerima panggilan pada 3.57 petang sebelum sebuah jentera dengan kekuatan 11 pegawai dan anggota ke lokasi.

"Anggota terpaksa turun ke dalam longkang untuk memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera di kepala dan kaki. Bomba mengeluarkan mangsa menggunakan alat pengusung," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan lanjut.

- My Metro