Published : Tuesday August 18, 2015
Jika hutang itu tidak dibayar melalui potongan gaji, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk kemungkinan dibuang kerja.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kementerian itu melalui satu notis pemberitahuan semalam memaklumkan, kedegilan guru-guru membayar pinjaman PTPTN boleh menyebabkan mereka dibuang kerja di bawah Peraturan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Kementerian Pendidikan turut mengeluarkan arahan tegas ke atas kakitangannya yang enggan membayar hutang melalui pemotongan gaji bulanan apabila mereka tidak akan mendapat peluang pemangkuan tugas atau kenaikan pangkat dan Hadiah Latihan Persekutuan.
- Kosmo